♥ (^_^) ♥ ::Selamat datang ke Blog Cik NurSha's Story:: ♥ (^_^) ♥

Thursday, 19 September 2013

First day in Beijing

Assalamualaikum my dear readers,

Sudah hampir 2 tahun Sha meninggalkan blog ni.  Actually Sha lupa password. Hehe
Semalam hampir pukul 5 pagi, baru lah dapat buka balik blog ni. Sha pun pernah tulis kan, yang sha takkan coret kat sini selagi takda benda menarik. So bila ada benda menarik, mestilah mahu share. Hehe. Sebenarnye nak kongsi lah pengalaman yang tak seberapa ni. Awal september haritu starting from 5th Sept until 10th Sept Sha and family pergi melawat Beijing. Wah! Syiokk sangat. Tempat ni Sha dah lama nak pergi sebab before this asyik tengok kat buku sekolah je kan Tembok Besar Cina tu. By the way, masa first day tu, kami melawat Tian An Men Square, Forbidden City terlebih dahulu. Meh meh tengok gambar kat bawah ni, :)


Berhadapan gate Forbidden City (actually lupa nama) hehehe.

Dataran Tian An Men Square

Bagunan ni berhampiran Tian An Men Square

Forbidden City (ok! Jom masuk dalam) Hehehe

Sebenarnya, sha banyak record video compare to tangkap gambar, gambar banyak tak tau nak pilih yang mana. Hehehe. Nak masuk kan video tak lepas pulak. Berat bebenor katenye. Penat makcik nak mengupload kat Keek . At last dapat upload yang dalam hp je. Jadi laa kan, dari tak boleh. Hehe.
Kalau nak tau, Forbidden City ni teramatlah besarnya kawasan nya (banyak pulak "nye"). Hampir 3 jam jalan kaki from the Gate 1 until Gate 7 (eh! yeke? Lupa. Hehe). Lepas merayau2 kat sini, kami naik beca di Hutong Area :)

With my sis NorFila


My sis Nur Shobiqha and NorLifa

Puas hati sangat naik beca ni, murahh teman2. Omg!!! Hanya 10 Yuen untuk 2 orang, means dalam Rm5 untuk 2 orang. Murah kan? Dah laa pakcik ni bawak kami jalan2 jauh. Dapatlah tengok perkampungan di Hutong ni. Yang paling best, sambil berjalan naik beca pun still kene kejar ngan penjaja ( naik Basikal ) jual bag. Sha pun apa lagi, beli laa!!!! Haha.

Ok! Rasanya cukup lah kot nak tulis pasal Beijing ni. Panjang lebar blog ni nanti, and confirm korang boring. Hehe. Esok Sha update about the second day in Beijing ok? (Promise) Hehe :)

Ini Gegirls yang join group ni. Semua Daebakk ! (Dalam Forbidden City)

Ok! Ni kami adik beradik yang pegi Beijing. Kakteh tukang ambil gambar. Hehe


Saturday, 17 December 2011

"HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II "

Assalamualikum guys!
Punya laa dah lama tak menyinggah blog ni
akhirnya ke sini juga
mana taknya
if nak singgah sini pun kena ada idea nak menulis
baru lah boleh corat-coret kat sini
Entry kali ni sangat laa janggal untuk aku
Mana tak nya
Tak pernah join contest
tiba2 join! Apa kes??? O.o
hahaha....

so, for all my friends out there, jom join contest ni
Mana tau kot-kot ada rezeki boleh menang
insyaAllah...

Senyuman Mahal ^_^

ok...and my picture with SENYUMAN MAHAL
jeng...jeng...jeng..
hahaha ^_<


1) Ceritakan kenapa anda rasa gambar senyuman anda ini adalah senyuman mahal?

Antara sebabnya nak tahu kenapa?
Sememangnya senyuman itu lahirnya dari hati yang suci dan ikhlas ingin memberikan senyuman,
Justeru itu, senyumlah....kerana senyuman itu satu sedekah..
Memandangkan saya suka senyum, so, saya rasa senyuman saya mahal.
Kerana setiap kali saya senyum, saya akan sedekahkan senyuman saya pada orang sekeliling saya
Kalau senyuman saya MURAH....saya tak kan senyum, cause nanti saya dah tidak ada apa2-
erti kata lain SENYUMAN MISKIN~ hahaha... :)

2) Kenapa anda berminat untuk join contest ini?

Saya berminat untuk join contest ini kerana kebetulan terlihat di Facebook Hafiz Zainal mengenai contest ini...
dan secara kebetulan juga saya memang suka senyum...so tak salah kan untuk saya join contest sebegini untuk kali pertama ini....  :)

3) Apa first impression korang terhadap orang yang pakai braces?

Orang yang pakai braces ni sangat cool~
tambah2 kalau pakai yang warna- warni...
hahaha....dulu teringin nak pakai...tapi mahal laa~
kalau pakai confirm gigi aku lawa..and bertamabh MAHAL SENYUMAN aku....hahaha....  :)

For my gorgeous friends : Eija Maknae Jr. ,  Aimi Shokeri ,  Nur Nazeera

                http://www.youtube.com/yohafiz92
                http://www.facebook.com/hafizzainalI
                http://twitter.com/hafizza1nal
                http://www.facebook.com/hafizzainal92

p/s : sehabis baik aku buat benda ni...
       at last siap jugak....hahaha :)
       SENYUM ITU SEDEKAH~ ^_^

Thursday, 13 October 2011

Penderitaan di dalam Keramaian...

Assalamualaikum readers...
today something bad happen to me~
semalam masa jawab kuiz kepala dah start sakit...
tak tahan sangat....
rasa macam nak pecahkan kepala ni and buang SERABUT tu...
tapi aku sabar lagi and pretend seolah-olah tak ada berlaku apa2
try senyum pada semua orang walaupun diri ini sakit...
bila habis class...hujan pula melanda diri ini...
lagi bertambah sakit kepala aku...
tapi apa akan daya ku, walaupun ingin rebah, tapi
aku kuatkan semangat untuk redah hujan tersebut
bila pulang dari class...kesakitan ku tidak dapat ditanggung lagi...
rasa sakit makin menjadi2...
aku rebahkan diri yang tidak terdaya ini ke sofa...
walaupun berat untuk lelapkan mata...
tapi bagi hilangkan kesakitan, aku cuba untuk pejamkannya...
Ya Allah... sesungguhnya masa itu memang tiada daya ku untuk bertahan...
seolah2 separuh nyawa ku pergi meninggalkan aku...
aku hanya insan yang kerdil di atas muka bumi ini...
lemah tiada bahu di sisi untuk dipinjamkan...
hadirnya KAWAN untuk seketika...
hanya SAHABAT yang ku tunggu...
namun apa akan daya diri ini, SAHABAT jauh dari diri ku..
akan tetapi, mungkin mereka dapat merasa penderitaan yang aku alami..
lantas aku terima MESSAGE mereka sewaktu lelah ku terlantar di katil...
walaupun berada di bilik seorang diri...
namun mata ini tidak dapat dipejam walaupun bilik gelap tanpa cahaya..
hati kosong...badan lemah...kepala yang tidak dapat berfungsi buat seketika...
sewaktu terlantar di katil dalam usaha untuk cuba melenyapkan penderitaan yang ku alami..
tiba2 akan rasa sesuatu yang cuba menarik urat mataku...
kepala ku seolah2 hendak pecah...perut ku ingin meluahkan isinya...
tanpa tiada terdaya dalam diri ini...
aku berlari menuju ke bilik air dan meluahkan ke semuanya...
rasa sakit makin menjadi2 bila malam mula menjelma...
aku berterima kasih pada KAWAN ku yang sudi jaga diri ini tika sakit ku..
aku tahu yang diri ku ini hanya beban pada kalian...
namun, maaf kan aku wahai kawanku...sakit ini tiada aku pinta...
aku redha akan kehendak-NYA...
 ***
keesokan harinya, aku tidak dapat pergi ke kelas pada sesi pagi..
kerana sakit masih lagi ada di kepala ini...
bila pergi ke kelas sesi petang...aku cuba beri tumpuan...
namun air jernih di mata ini mengalir ke pipi...
lantas aku mengelapnya sejurus pensyarahku melihat ku...
selepas sesi tamat..aku berasa ingin meluahkan perasaan ini pada alam yang indah ini..
sejurus menapak keluar...hadirnya KAWAN yang risau akan kondisi diri ku
yang memandangkan tidak stabil lagi...
aku tidak pinta akan jadi semua ini..
wahai KAWAN ku, kenapa kalian bersusah dan risau akan diri ini yang bukan sesiapa..
aku tidak pinta kalian untuk buat semua itu...
bagi ku, perbuatan yang kalian buat tadi akan mendatangkan kesan negative pada diriku..
mungkin bagi kalian, kalian ikhlas ingin membantu...
tetapi bagi ku, aku tidak suka mendengar mulut yang BERKATA-KATA akan keburukan ini...
terima kasih kalian (yang tidak perlu ku ucapkan di sini)...
cukup lah persahabatan kita hanya KAWAN...
kerana aku tidak perlukan engkau sebagai SAHABAT ku...
kerana seorang SAHABAT hanya akan hadir ketika susah ku...
mungkin selepas ini ada yang akan terasa akan kata2 ku...
namun, maaf kan ku wahai KAWAN ku...
aku masih tidak dapat terima engkau sebagai SAHABAT ku...
kerana hadir mu ketika senang ku...
dan lenyap dari penglihatan ketika susah ku...
jika aku ada JAM WAKTU...
aku berasa seolah2 ingin percepatkan waktu yang ada..
agar aku tidak bersama orang yang (tidak perlu ku ucap)...
berpura baik di depan ku...akan tetapi sebenarnya kalian MUAK akan diri ku...
TERIMA KASIH...
kata agung yang ingin ku ucap dari bibir yang kering, perut yang kosong, dan kepala yang sakit...
wahai SAHABAT ku, sekiranya engkau teringat akan diri ku...
aku tidak minta lebih...tetapi cukuplah sekadar mendoakan aku..
itu sudah memadai bagi ku.....~

***
Ya Allah...hadirkan lah aku teman yang sejati...
yang hadirnya tidak memeritkan hati...
namun memberikan kesenagan di sisi...
amin~