♥ (^_^) ♥ ::Selamat datang ke Blog Cik NurSha's Story:: ♥ (^_^) ♥

Saturday, 21 September 2013

First Day In Beijing ( Sesi Petang )

Assalamualaikum dear readers,
and as I promise yesterday, today I gonna continue about my journey in Beijing, China.
untuk pengetahuan kalian, post semalam Sha ada post gambar kami adik beradik tengah duduk tu kan? Actually kami baru lepas solat time tu. Nak tengok masjid in China yang kitorang pergi ? Ni haa...

Ni haa gate depan dia. Nama dia lupa laa..

Nak tengok dalam dia tak ? Jom..jom...Kalau korang tengok, mesti korang cam sangat ngan Masjid ni, sebab selalu keluar time Azan, especially kat RTM.

Dalam Masjid

Kalau korang nak tau, masjid ini amat-amat lah bagus dan selesa bagi kami. Nak tau sebab apa? Sebab diorang pisah kan antara tempat sembahyang bagi lelaki dan perempuan. Masa mula-mula nak cari tempat sembahyang bagi perempuan rasa kelakar pun ada. Mana taknya, pusing-pusing jauh kami cari tempat sembahyang. At last jumpa setelah tanya beberapa orang masjid di sana. Ia terletak di belakang. So bila kami nak keluar masuk ambil wudu' pun tak terasa nak 'rush' sangat, sebab tiada kaum Adam pun di bahagian tempat sembahyang perempuan ni. Tempatnya tersorok. and mama angkat kami a.k.a "tok siak" (dorang gelar) amatlah peramah dan amat mementingkan kebersihan.

Mama angkat kami yang pakai baju warna merah kat tengah2 tu

Okay. After solat tu, kami curi masa sekejap untuk tengok keadaan sekeliling. Sekali kami terjumpa makam ni. Sebab tu laa Nabi pesan, tuntut ilmu sampai ke nagara China. Agaknya sebab apa ae? Mungkin sebab Islam dah lama menapak kat sana (betul kan Sha if silap. Sha tak pandai Sejarah).


Makam Shaykh Tombs

Ok. Korang boleh baca keterangan lanjut kat sini

Kebesiaanya, kalau kat Malaysia kita akan bakar kemeyan kan bagi mewangi kan suasana (eh! betul ke apa aku cakap). Tapi kat sini dorang guna macam colok tu. Wangi. Tapi yang pasti bukan colok yang sembahyang tu lah ye.

Hah ! Itu tempat coloknye

Ok! After selesai solat (Alhamdulillah) kami pun bergerak ke next destination Tea Factory. Yang best nya kat tempat ni, kami dapat merasa 3 jenis Tea. And yang paling awesome, kakak Tea tu bisa omong Indonesia sih (baru belajar Bahasa Indonesia 5 bulan uollls ). Sangat best dan kelakar suasana waktu tu. Gadis Cina bisa berbahasa Indonesia. Asik ! Hehe. Nak tunjuk video, tak lepas upload. So tengok pic saje laa ye ;)

Antara jenis Tea yang ada

Ini Amoi (kiri) bisa berbahasa Indonesia

Tea yang dihidangkan kepada kami

Semua tea ni ada yang payau, ada sedap di tekak and macam-macam lagi laa. Tapi kebiasaan teh Cina adalah untuk kebaikan badan, dalam erti kata lain untuk ubatkan penyakit gittew. Hehe. So dikesempatan ini, ramailah ahli rombongan kami (termasuk kakak2 aku) beli teh ni. Memang berbaloi. And memang mujarab (atas kehendak-Nya). Bagi sesiapa ada masalah sembelit, amat digalakkan untuk mencuba teh ini. Yang pasti, teh ini bisa menguruskan badan serta, cantikkan kulit serta mampu membuatkan tidur malam kita nyenyak :)
And...and...jangka hayat teh ni sangat lah lama. 8 tahun katanya. Diorang kata, "teh lebih lama, lebih bagus, lebih mahal".

Masing-masing dengan teh (aku mampu tengok je, tak mampu beli) Hehe

Ok ! Next destination..... Acrobatic Show !!! Masa dalam bus, aku ngan KakCik aku dok bertanya laa. Apa benda Acrobatic Show ni, main gelung2 tu ke? Ahli gimnastik ke? Bunyi macam urghhhh...bosan kan. Tapi kan...Show diorang teramatlah gempak..eeuuummmm kebabom uollsss!! Memang superb fantastic ! Masa tengok show tu, aku dari ngantuk + penat, terus segar. yang penting...aku lah paling semangat ! Sikit2 tepuk tangan (best tak best nya show tu). Ada 8 Level of performance tak salah aku. Semuanya TERBAIK !!! Jom tepuk tangan kat diorang meh !


Show dimulakan dengan Badut ni. (Budak tu artis kanak2 bagi movie kat Malaysia) Kenal masa dalam Flight 

Inilah mereka yang menjayakan persembahan malam tu (tepuk tangan!!!)

Ini luar auditorium 

Ok! Ini saja yang sha dapat coretkan. Esok sha tulis pasal Second day in Beijing ok? (janji lagi) hehe.
Actually, lupa semalam, yang kami banyak pegi tempat lagi. Nanti Sha selitkan pasal makanan kat sana pulak ok? Sedap? Tak sedap? hmmm....tungguu...lain restoran, lain rasa masakan :)
Sampai ketemu lagi. Terima kasih sebab sudi luangkan masa kat ruangan kecil ni.
Assalamualaikum. Take care. Byebye. :)

2 comments:

  1. pergi Silk Street eh?. best shopping kat situ tapi kena pandai tawar menawar la.
    biasanya kalau pergi China, mesti kena pergi tempat jade, stadium, greatwall, kilang sutera, tea, forbidden city kan? ada lagi lau x silap. x ingat dah. haha. pergi korea/jepun pulak sha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah. pegi situ. Best sangat. And Alhamdulillah my sis memang pandai bab tawar menawar ni. So memang kitorang dapat harga murah sesangat. Sampai tourist guide tu pun terkejut dengan harga yang kitorang dapat. hehe. Btw, thanks baca blog tak seberapa ni. In shaa Allah, yang tu dalam perancangan. Tengok keadaan macam mana. Dengan izin Allah, sampai lah kami kat sana nanti :)

      Delete