♥ (^_^) ♥ ::Selamat datang ke Blog Cik NurSha's Story:: ♥ (^_^) ♥

Sunday 22 September 2013

Second Day in Beijing

Assalamualaikum my dear readers,
As for today, Sha akan tunaikan janji yang dah lama tertunggak tu. Hehe. Ye la, dari haritu kata nak update untuk second day in Beijing, tapi hasilnya...yang hado ! Haha. Maaf sesangat sebab telat tunaikan janji. Ada banyak perkara yang terjadi semalam. Btw, di kesempatan ini, pada sesiapa yang baca blog ni, mohon sedekahkan Al-Fatihah pada kawan sekolah Sha yang telah selamat kembali ke rahmatullah semalam. Al-Fatihah.....Nur Hilmi Syazwan.

Ok. Kembali semula pada pokok pangkal cerita blog ni, hehe. Pada hari kedua kami di sana agak pack sebenarnya. Banyak sangat tempat yang dilawati dalam masa sehari. Tempat pertama yang kami lawati ialah Summer Palace and Dragon Boat (kami naik ye Dragon Boat tu, bukan melawat. Kalau tak, tak sampai ke Summer Palace nanti. Hehe). Actually, masa kat Summer Palace ni, masa kami amat suntuk. Kami tak berpeluang pun pusing2 dalam tu.. Hanya sempat diperkenalkan dengan makanan Maharaja (betulkan Sha if silap). Tak tau apa motif tour guide tu bawak kami SEKEJAP saja kat sana. Tapi takpe lah, asalkan tau sikit-sikit keadaan tempatnya pun, sudah memadai bagi kami (walaupun tak puas. Haha).


Main Entrance before masuk to Summer Palace

Nampak tak Dragon Boat tu??? Ok ! Teruja 5 saat untuk naik. Weee... Lets Jom !

Ni kiranya Dragon Boat punya corak


Ok dah sampai. Cer teka apa motip kami ambil gambar mcm ni??? Haha

Oh lubang hidung ku terserlah. Haha. Ok. Abaikan !

Actually uollss, kami nak ambil gambar benda ni haa...jap..jap..Jeng..Jeng...Jeng..

Amacam, cun tak ?

Jalan Panjang (Sesuka hati Sha taram) Haha

Sepanjang jalan kat sini, amatlah awesome lukisan-lukiasan kat atas tu. Rajin betul dorang ni ye melukis sepanjang jalan ni. Bak kata one of our group member, dia kata, "nampak sangat orang dulu-dulu takde keje, tu yang boleh melukis macam ni". Bhahaha. Terburai gelak Sha time tu.

Ni lah antara SNACK yang menjadi santapan di raja

Masa dengar penerangan dalam bus, ada 3 stage untuk makan SNACK ni. Yang pertama, mereka hanya lihat / tengok sahaja dulu hidangan-hidangan ni. Masa stage 2, barulah ambil bau (ambil bau je dulu tau, belum makan lagi). Yang last skali, baru lah diorang makan SNACK ni. Wow! Dasyatkan? Means time dorang tengok kat stage pertama tu pun, diorang dah boleh SINGKIRKAN snack tu. Termasuklah masa stage 2. Agak-agak bau kurang menyelerakan pun, ditolak dari menjadi santapan mereka. Untung laa jadi golongan diraja (sambil tangan kat bahu, mata pandang ke atas). Haha

Masa dah nak naik Dragon Boat tu untuk balik, Sha terjumpa pintu ni. Hehe. Ala-ala pintu rumah Bilbo Baggins (atok kepada Frodo Baggins) Alah, senang citer, dalam citer The Lord of The Rings atau pun The Hobbit.

Eceh ! Posing sikit ! Ok ! Sha gemok. Tau tu -_-

Ok. After this, jom naik Dragon Boat semula. Icy dah bising "faster,faster". Hehe
Masa dalam boat ni, terdengar lah auntie - auntie (pelancong jugak) cakap "namaste" sambil tunjuk kat kitorang, maybe diorang ingat kitorang from India kot. Tapi...hmm..orang India pakai tudung ke? Haha. Sha pun cakap laa, we all from Malaysia. From Lee Chong Wei country. Dengan bangganya uolls. At last kan, Sha ternampak tag nama makcik ni. Tulisan Hangul. Ok. Sah ! From Korea. Sha dengan bangganya bertanya "Are you from Korea?" Wah diorang punya excited bukan main. Terus cakap Oppa Gangnam Style. Haha. Siap ada sesi nyanyi-nyanyi lagi dalam boat. Haha. Diorang mempertaruhkan lagu tradisi dorang. Kitorang pun apa lagi, promosikan lagu "Gelang Si Paku Gelang". Hehe. Btw, makcik-makcik ni sangat sporting. Tak habes2 sebut "yeppo" "saranghae" and etc..etc... yang paling terharu, siap peluk Sha masa dah turun dari boat. Oh! makcik. Saranghaeyo. Neomu Bogoshippoyo.

I wish to go to your country one day !


After, this kami melawat Pearl Factory. Ok! Bagi sesape yang minat accessory tentu teruja. Bagi Sha, ok laa. Tak minat langsung benda-benda perhiasan ni. Haha. "Jom, Jom" bak kata Icy ngan dialect Cina dia. Kita jumpa Dragon Lady.

Ni haa. Dragon Lady

Umur dah 70 tahun, tapi masih awet muda. Nak tau rahsia dia? Semestinya dia tak guna product Kak Ton ok! Haha. Kalau nak tau, segala-galanya dalam hidup berasaskan PEARL. Nak cuci muka guna PEARL. Nak guna krim muka guna PEARL. Dan macam-macam lah. Sebab tu kulit dia halus dan mulus. agaknya laa. haha

Ok. Pearl ada 4 warna SAHAJA ye kawan. Meh tengok color - color dia.

Cer teka ni color apa??? (macam cikgu sekolah pulak)

Yang ni Tiram dia

Meh..meh..sapa nak beli. Harga kasi borong 3, 100 Yuen


Selepas sesi taklimat, kami di bawa untuk mencuba krim PEARL ni.

Putih tak tangan Kak Ton??? Ada macam Dragon Lady punya tangan tak?

Kami diberitahu, selepas sapu krim ni, kene tampa-tampa manja tangan tu. Sha pegi tampa kuat-kuat, haa..hamek ko...Merah terus tangan. Lepas tu, ada laa alasan yang kukuh tak nak beli krim tu. Pandai tak Sha? Haha. Memasing sibuk membeli. Sha nak pegi main BASIKAL kat luar. Bye Bye. Hehe

Sha taknak beli PEARL. Sha nak beli basikal ni. Hehe :p

Ok! Jom kita pegi Silk Factory pulak. Tengok macam mana SILK ni boleh terhasil.

Jalan dekat Silk Factory

Main entrance Silk Factory

Yang ni SUTERA nya

Lepas tu macam biasa, dorang bagi penerangan lagi pasal SILK pulak. Siapa nak beli. Beli. Sha nak lepak luar, sebab ada benda menarik. Haha.

Comel an motocar ni. Hehe

Lepas ni, kami pergi makan. Then solat kat salah satu masjid kat sini. Masa solat kat sini, kami macam ragu-ragu kejap. Bila tanya tok siak kat sana, dia kata Zohor dah masuk, tapi yang pelik tak azan lagi. Bila tanya lagi kepada jemaah kat sana, rupanya waktu Azan akan berkumandang bila tibanya Imam di masjid tersebut. Means kalau Imam datang pukul 2, pukul 2 laa baru diorang Azan. Ok ! Belajar budaya baru di sana.

Ini depan Masjid yang kami pergi tu.

Yang best sangat kat dalam masjid ni, ada kerusi sembahyang, means siapa yang uzur, boleh gunakan kerusi tu untuk solat. Sangat unik dan memudahkan sesiapa yang uzur untuk bersolat.

Ini kerusinya. Unik kan?

Mula-mula kami ingat kan kerusi ni tempat untuk mengaji. Rupanya kerusi untuk solat. Hanya letakkan sejadah kat depan tu (yang macam meja tu) then kita boleh sujud kat situ. Mudah. Agak-agak bila Malaysia nak ada benda macam ni ye??? Hmmm -wondering-

After selesai solat, kami bergerak ke Foot Massage. A DISASTER place for us. You know why I'm saying like that? Sebab tempat ni amat lah teruk, orang nya biadap, percakapan takde alas-alas. Terus shoot je. Nak tau apa diorang cakap? Ok ! Sha pun tak sampai hati nak tulis kat sini. Tapi nak bagi tahu jugak, supaya if korang sampai tempat ni. Korang akan berHATI-HATI. Jangan sampai tertipu ye.

One of our group member kene bash macam ni. Master (konon-konon pakar) cakap macam ni, "awak akan mati dalam tidur awak kalau awak tak beli ubat ni". Aii master ugut nampak. If customer tak nak beli, tolong jangan paksa ok.

Yang lagi satu kene macam ni, disebabkan dia taknak beli ubat ni, si Master ni cakap, "don't sorry at me, sorry at you. Sebab bila balik Malaysia nanti husband you akan ceraikan you"
Uishhh mulut dia..kalau lah ada pokok cili kat luar tu, nak ye Sha sumbat cili kat mulut dia. Punya laa nak orang beli ubat dia. Paksa-paksa, pastu psycho kan orang dengan ayat-ayat gerun dia. Amboi ! Macam Tuhan je korang ye !

Mula-mula kami diberitahu Foot Massage ni free, tapi nak tau tak ape jadi masa after foot massage tu? Tukang urut tu (amatur + budak2 sekolah lagi) siap "pau" kami 20 yuen. Amboi. Kalau tak bagi, diorang akan buat muka kat situ. Sha pun hulurkan la rm5. Bersyukur sikit. Ni tak, Sha bagi, lagi dia buat muka and merungut nak jugak 20 Yuen. Tampa laju-laju kang. Aishhh... Panas.. Panas. Sungguh disaster tempat ni.

Plus, owner ni cakap, Mahathir ubatkan penyakit dia pun kat sini. Najib (our Prime Minister) pun ubat kan penyakit rambut gugur di sini. Tak terkecuali Rosmah Mansor (isteri PM) buat treatment kasi kurus kat tempat ni.
Wallahualam.

Ini onwernya orang Indonesia

Ini gate depan dia

Kami tak sempat pulak nak ambil gambar master tu ! Kalau tak boleh tunjuk kat sini kan? Geram je ase. Master tu orang Cina ye, setiap orang diberi satu master dan satu translater. Ok abaikan tempat DISASTER ni.

Jom kita bergerak ke Bird Nest and Blue Cube. Tenangkan minda dari tertekan. hehe
Kat sini commonly semua orang dah kenal. Mana tak nye, tempat Olympic Beijing berlangsung. Jom tengok pic kat bawah ni :)

Before kami masuk, kami jumpa bangunan awesome ni !

Macam Cube dalam transformer tu kan?

Luar Blue Cube before masuk

Bangunan IBM

Gate untuk masuk ke Dalam :)



Cantik kan jalan dalam dia before jumpa Bird Nest Stadium


Ok ! Ini Blue Cube dari dalam


Bird Nest Stadium

Comelkan budak pakai topi ni?


Bangunan IBM dari depan


 Actually, kami nak pergi sini time malam, tapi tour guide beri beribu alasan untuk tidak membawa kami pada waktu malam. Kat sini bila malam lagi cantik senarnye. Lampu-lampu bagai. Tapi nak buat macam mana. Ikut kan saja lah.

Lepas ni kami pergi makan dan tengok bangunan CCTV, Blue Bay serta SKY LED (largest screen in Asia)

Screen ni amat besar

Bagi sesape yang nak melamar tu kan, korang boleh hantar message kat screen ni, charge hanya USD30 sahaja. Kalau korang tulis "will you be my wife?" So terpampang besar-besar kat screen ni. Oh! So sweet ! Korang boleh tengok video nya di KeeK .

Oh ya, lupa bangunan CCTV tu cantik dilihat bila siang. Masa kitorang tengok waktu malam. So sha Google Image je laa CCTV Building tu.

CCTV Building

Memang tidak dinafikan, bangunan di China sangat unik. Paling best bila jalan waktu malam, terang bangunan-bangunan ni dengan cahaya lampu LED yang pelbagai corak. KREATIF !

Ok ! Masa untuk kami pulang ke hotel. Tapi kami jalan-jalan lagi shopping dekat area hotel tu. Hehe

Akhir kata, terima kasih sebab sudi untuk baca entry yang panjang lebar kali ni. Hehe.
Mesti penat korang baca kan. Sampai ketemu lagi
Assalamualaikum :)






No comments:

Post a Comment