♥ (^_^) ♥ ::Selamat datang ke Blog Cik NurSha's Story:: ♥ (^_^) ♥

Thursday 26 September 2013

Third Day In Beijing

Assalamualaikum my dear readers.

Holla...Selepas lama dah tak menulis di sini, terpanggil kali ini untuk tulis entry yang seterusnya.
Warm up..warm up..Jom bersama Sha kita memanjat Great Wall of China harini. Yeay !!! Benda yang paling teruja buat sha datang ke Beijing ni. One of 7 wonders in the world :)
Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak panjat Great Wall of China ni.

But as usual, before arrive at Great Wall, kami lawati Jade Gallery terlebih dahulu. Di sini mereka cerita laa macam mana nak buat Jade ni. Jade boleh dijadikan gelang, cincin...and yang paling best, Jade ni dihancurkan dan dijadikan serbuk untuk lukisan-lukisan. Jom tengok foto-foto di bawah ni, :)

Welcome to Jade Gallery


Cantik kan dinding ni? :)


Pakcik ni tekun mengukir Jade


Ok ! Yang ni dah siap !


Pelbagai jenis ukiran terhasil dari Jade

Gambar di atas, diorang menerangkan bagaimana untuk mengenalpasti Jade yang ori dan yang imitate.

Lembu ke Seladang?

Kreatif kan?

Macam-macam bentuk ada


Kami ber foto kenangan di sini :)


Buah tangan untuk abah from bangah & kak Ina

Inilah lukisan yang Sha maksudkan tu. dorang hancurkan Jade tu supaya jadi serbuk, then terhasillah lukisan seperti ini. Cantikkan? :)


Singa ni kalau korang pergi mana-mana mesti dia ada. Kepercayaan diaorang. So singa ni yang akan welcoming korang terlebih dahulu :D


 Ok !!! Excited ni, jom pergi tembok besar. Hehe. Kalau korang nak tau, masa dah nak sampai area Great Wall, view dia sangatlah cantik. Gunung / bukit berlapis-lapis. Dah macam kat New Zealand dah. Sungguh cantik ciptaan Allah.

Bila dah sampai area gunung-ganang tu, aku punya excited nak cari tembok besar. Hehe. Jom lah kita tengok gambar. Less talk, view more :)

Great Wall entrance

Excited nak panjat sampai puncak (currently at Tower 8)

Still at Tower 8

Usaha tanpa jemu ke Tower seterusnya. Chaiyokk !

Terjumpa bangah & kak ina masa mendaki. Hehe. (semua tengah mengah)



Walaupun tengah mengah. Kak long masih gagah untuk senyum. Hehe


My Sis in Law. Actually kat point ni laa aku dah give up. 

Padahal daki sikit ye lagi untuk sampai top



At last sampai jugak Tower 11. Hip Hip Hoorey !

Medal itu milik aku ! Haha

p/s : comel je kak long aku tinjau bawah tu. Haha

Antara barangan yang dijual di Tower 11



Hoyeahh !!! Aku mampu ! Alhamdulillah. Walaupun menggigil lutut masa nak naik


Kak Long & Kak Ina menunjukkan pencapaian masing-masing


We did it Kak Cik. Yeahh ! We did it !


Ingatkan, masa naik je menggigil lutut, nak turun pun sama rupanya. Haha. 

Al-maklumla, kaki Sha pendek. Plus tangga dia curam !



Background yang sangat indah. Subhanallah :')


Bergambar bersama Georgedan. Comeyy ko dik ! Haha


Kak Cik memujuk aku untuk naik semula kerana costume ini. Priceless !


Mangga ni ala-ala kat Namsan Tower gittew. So mana-mana pasangan datang sini, boleh laa ukir nama korang berdua. SUKA SUKA je tau. Bukan niat lain :D



Kak Cik happy, Sha happy, semua HAPPY. Alhamdulillah :)


Our next pit stop after Great Wall


Sangat kreatif dorang ni

Bermacam-macam jenis barang ada jual di sini

Lukisan pun ada jual di sini (psst...psssttt....sini mahal juga barangannya)


Benda yang menarik perhatian aku. Haha. Dapat jugak tengok bahasa Melayu kat negara asing

With a giant vase


One of attraction before we leave. 1 huruf = 10 yuen


Ok ! Nama abah ada sekali di situ :')


Jom ke destinasi seterusnya :D

 After this, we are heading to Health Center

Health Centre front gate

Amoy ni cakap Melayu, senang kami nak paham.

Dia terangkan pasal minyak-minyak and koyok. Minyak dia sangat best. Memandangkan kami baru turun dari Great Wall, so ramailah yang ambil kesempatan untuk meletakkan minyak ini di tempat yang sengal-sengal bagi melegakan kesakitan / sengal-sengal badan. Koyok dia panjang, bak kata one of our group member, boleh buat baju kurung. Haha. (sarcastic sangat ). Koyok dia boleh tahan mahal. Panjang dia (lupa), tapi satu panjang koyok tu 100 yuen.


Germs Factory front gate

 E eh. Macam kenal je gate depan ni kan? Hehe. Lokasi yang sama, tempat di tuju berbeza. Kalau haritu (second day) kami ke sini kerana mengurut kaki. Kali ni, kami ke sini lagi untuk tengok Jade & Pearl (different place, but same things). Kalau anda pergi ke Beijing, mohon lah pada tour guide anda untuk pergi ke tempat ini serentak / sekali gus. Means that, tak payah pergi dua kali untuk tempat yang berbeza. Buang masa kan? Lepas urut kaki, ajak je tour guide tu ke pintu kedai sebelah untuk tengok Jade & Pearl pula. Ok?

Jack ! (dia mohon kami semua ingat nama dia). Pelakon terhebat ni ! Haha

Harini birthday Jack, so dia offer 3 = 100 yuen

After kami semua sepakat, memandangkan kami dah beli Pearl & Jade tempoh hari, so kami decide untuk keluar dari kedai ni cepat-cepat. Sebab buat apa buang masa untuk benda yang sama. Penerangan yang samakan? Lagi pun, several of our group member akan pulang ke tanah air malam tu. Lebih baik kami bergegas ke next destination.

Silk Market

Ok ! As usual, di China, anda kena pandai tawar-menawar (bargaining) untuk mendapat harga yang SEPATUT nya. Di sini, anda kene tawar 80% dari harga yang diorang offer. Diaorang ni boleh tahan kuat menipu juga dalam urus niaga. So bila anda di sini, make sure bila nak tawar-menawar hanya seorang sahaja yang tawar supaya benda tak jadi rumit. Orang tu pun senang paham. Kan?

Kalau kat sini, nak borong macam-macam digalakkan. Cuma Sha tak berapa galakkan untuk beli barangan elektronik di sini ya. Based on our experience, electronic device such as PSP tak tahan langsung. After beli, tak sampai 2 jam, PSP tersebut dah tak boleh digunakan. Membazir bukan? Dan memandangkan ramai yang memakai handphone canggih sekarang ni, mesti korang suka beli power bank kan? Amatlah tidak digalakkan membeli power bank di sini berikutan kes-kes maut berlaku di sini. Ceh ! MAUT ! Ye ye je Sha. Tapi memang IYA. Tour guide sendiri cakap. Bukan Sha. Hehe. Peace ! :D

Susun atur kedai (macam kat Times Square)

Permainan yang terdapat di sini

Kasut roda pun ada jual di sini

Kalau anda ke sini, anda jangan terkejut ya dengan budaya mereka di sini. Mereka ni suka cakap kuat-kuat / jerit-jerit. Then bila korang nak tanya harga sesuatu barang kan, dioarang akan mengeluh (seolah-olah malas nak layan). "I'm tired" and so on lah. Yang paling membengangkan kami bila kami tidak mahu membeli barang tersebut, diorang akan halau kami / pelancong yang lain seperti halau ayam. Tanpa berlapis-lapis diorang akan yelling macam ni, "ok ! go quickly ! Thank You very much !!!" Wah ! Bersyukur Sha duduk Malaysia yang masih mengamalkan budaya lemah-lembut. Bertutur bahasa. Manis wajah. Compare kat sini, memang Malaysia jauh lebih baik budi pekerti dalam melayan customer.

Salah satu taktik untuk anda membeli barang di sini, jika anda ingin BETUL-BETUL membeli barang yang anda hajati, tawar harga yang sepatutnya, means tawar harga yang anda rasa puas hati untuk barang tersebut.

Mula-mula, diorang memang takkan bagi harga tu. Anda jalan je tanpa mempedulikan mereka, nanti diorang akan jerit memanggil anda untuk membeli barang tersebut dengan harga yang anda minta. Tapi make sure masa beli, cek barang anda betul-betul. Takut diorang tipu. And please JANGAN LEKA semasa hendak membeli di sini. Pastikan diorang ambil barang yang betul. Takut diorang tukar dengan barang yang tidak elok. So, please...please....CEK BARANG ANDA sebelum keluar dari pasaraya ni.

Lepas selesai shopping di sini, kami semua dinner dan mengucapkan selamat tinggal kepada several of our group members yang pulang ke Malaysia malam tersebut.

OK ! Sampai di sini untuk entry kali ini.
Bye Bye
Assalamualaikum. Anda take care my dear readers :)

No comments:

Post a Comment